Bantuan Rumah Dhuafa’ bertambah dari 3 unit ke 4 unit setahun setiap DUN

3,528 Rumah Dhuafa’ siap dibina, Kelantan terus bantu rakyat miliki kediaman selesa

Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, program Bantuan Rumah Dhuafa’ terus menjadi inisiatif penting kerajaan Kelantan dalam membantu golongan miskin membina atau membaik pulih kediaman mereka.

Malah, mulai tahun ini, jumlah pembinaan rumah itu turut ditingkatkan daripada tiga kepada empat unit bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap tahun bagi memperluas manfaat kepada lebih ramai penerima.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah, berkata langkah itu membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan asas rakyat terutama dalam kalangan berpendapatan rendah.

Katanya, dalam tempoh 2020 hingga 2025, kerajaan negeri berjaya membina 3,528 buah rumah, merangkumi 676 unit baharu dan 2,850 unit baik pulih di seluruh Kelantan.

“Program ini memberi manfaat besar kepada rakyat miskin yang selama ini bergelut mendapatkan kediaman selesa,” katanya ketika sesi penggulungan Persidangan Ketiga DUN Kelantan (Belanjawan) di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Selain itu, kerajaan negeri turut memperkenalkan dasar baharu Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) bermula tahun 2025, melibatkan dua kategori utama:

  • Baitul Ilmi – rumah bernilai antara RM70,000 hingga RM180,000
  • Baitul Raudah – rumah bernilai antara RM180,000 hingga RM250,000

Bagi memudahkan pemilikan, kerajaan negeri memperkenalkan skim Sewa Untuk Pemilikan, yang memberi peluang kepada rakyat B40 dan M40 menyewa selama lima tahun sebelum ditawarkan pembelian dan akhirnya pemilikan penuh selepas tempoh 15 tahun.

“Kaedah ini membantu rakyat memiliki rumah secara berperingkat tanpa beban besar pada awalnya,” jelas Hilmi.



Beliau turut mencadangkan supaya kursus pengurusan kewangan diperkenalkan kepada rakyat, khususnya golongan peniaga dan bekerja sendiri, bagi membantu mereka meningkatkan keupayaan mendapatkan kelulusan pinjaman perumahan di bawah skim kerajaan negeri.

Sumber: Media Point

TERKINI

Tular Tema Bunian Sambutan Hari Jadi Founder Di Kelantan Cetus Perdebatan
|
Tular di media sosial satu video memaparkan sambutan hari…
Selangor, Sabah Dan Johor Catat Kes Rogol Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Tahun
|
Malaysia merekodkan sebanyak 1,996 kes rogol dengan paksaan sepanjang…
Perlis, Terengganu, Kelantan Paling Sedikit Kes Pembunuhan
|
Perlis, Terengganu dan Kelantan direkodkan sebagai tiga negeri yang…
Myvi Kuning Bawa 9 PATI Rempuh Kereta, Rumah Penduduk Di Tumpat
|
Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun bersama sembilan pendatang…
Kos Penternakan Tinggi Punca Amalan Lepas Bebas Lembu Masih Berlaku Di Kelantan
|
Tekanan kos penternakan yang semakin meningkat dipercayai menjadi antara…
KPDN Rampas 825 Liter Diesel Disorok Dalam Kotak Ais Di Pengkalan Kubor
|
Sebuah stor dalam kawasan kilang memproses ais di Pengkalan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!