Terusan atau tali air lebih praktikal dari pembinaan benteng banjir

MB Kelantan gesa projek tebatan banjir ikut kajian lapangan, bukan hanya atas kertas

Kerajaan Kelantan mahu pelaksanaan projek tebatan banjir dibuat berdasarkan kajian lapangan yang betul-betul mengambil kira keperluan rakyat dan keadaan sebenar kawasan dan bukan sekadar berpandukan pelan atas kertas.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud, berkata banyak cadangan daripada penduduk tempatan sebenarnya lebih praktikal, antaranya menggali terusan atau tali air untuk menyalurkan air keluar ketika banjir.

Namun katanya, pendekatan yang diambil di peringkat Persekutuan ketika ini lebih tertumpu kepada pembinaan benteng.

“Beberapa pegawai di peringkat Persekutuan yang berasal dari Kelantan turut berpandangan sama berhubung bentuk pembinaan tebatan itu.

Ia seolah-olah kajian tidak menyeluruh dan tidak turun ke bawah, sebab itu masalah banjir sukar diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Mohd. Rusli Abdullah dalam Persidangan Ketiga DUN Kelantan (Belanjawan) di Kota Darulnaim, hari ini.

Tambah Mohd. Nassuruddin, kajian semula juga perlu mengambil kira perubahan muka bumi dan laluan sungai di negeri ini.

“Kadang-kadang sungai itu sudah beralih tempat, muka bumi pun berubah. Kami juga serahkan isu ini kepada pihak teknikal.

Saya juga sudah maklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri supaya satu kajian teliti dibuat,” ujarnya.

Sebelum ini, pada April lalu, kerajaan negeri memaklumkan kerja-kerja pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok akan disiapkan dua tahun lebih awal dan dijangka siap pada 2028 berbanding jadual asal 2030.



Kelulusan mempercepatkan kerja itu dibuat selepas permohonan terus dikemukakan oleh Mohd. Nassuruddin kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Utusan

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!