Bayi lelaki ditemui dalam rumah belum siap di Bachok

BACHOK – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol, Gunong, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan bayi itu daripada petugas Klinik Kesihatan Mahligai pada jam 8.45 pagi.

“Bayi lelaki ini ditemui tanpa berpakaian dan hanya dibalut menggunakan sehelai kain berwarna hijau di dalam rumah yang masih dalam pembinaan oleh orang awam yang berada di lokasi berkenaan.

“Pemeriksaan awal oleh doktor mendapati bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal, namun terdapat kesan kemerahan pada bahagian muka dipercayai baru dilahirkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bayi itu telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab meninggalkan bayi tersebut.



“Pihak kami menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kes ini supaya segera menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Nurul Aida Jafar di talian 014-2714926 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Fadhli Shaari Minta MP Jelutong Tarik Balik Dakwaan Terhadap Kelantan
|
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Ahli…
‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!