Lapan projek berimpak tinggi bakal ubah Rantau Panjang sepenuhnya

KOTA BHARU – Pekan sempadan Rantau Panjang terus menjadi tumpuan apabila beberapa projek pembangunan berskala besar telah diumumkan bagi merancakkan ekonomi serta memperkukuh infrastruktur di kawasan tersebut.

Projek-projek ini merangkumi pembangunan bandar, pengangkutan, keselamatan sempadan dan kemudahan awam, sejajar dengan matlamat kerajaan negeri dan persekutuan menjadikan Rantau Panjang sebagai hab perdagangan dan pelancongan utama di sempadan Malaysia–Thailand.


Projek Sedang Dibina

1. Pembangunan Dataran dan Menara Tinjau Rantau Panjang

Kerja-kerja pembinaan dataran dan menara tinjau baharu kini sedang berjalan berhampiran kawasan pekan Rantau Panjang.

Projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) ini dijangka menjadi mercu tanda baharu pelancongan sempadan dan pusat aktiviti komuniti tempatan.

Selain sebagai tarikan pelancongan, kawasan itu turut dirancang menempatkan gerai niaga, ruang riadah, dan pentas terbuka bagi penganjuran acara rasmi serta kebudayaan.


Projek Telah Diluluskan

2. Naik Taraf Landasan dan Stesen Kereta Api Rantau Panjang

Projek naik taraf laluan Pasir Mas – Rantau Panjang bakal bermula pada 2026 melibatkan kerja pembinaan semula landasan dan pembaharuan stesen kereta api Rantau Panjang

Dengan kos dianggarkan lebih RM260 juta, projek ini akan meningkatkan kecekapan sistem logistik dan menjadi penghubung utama perdagangan rentas sempadan.

3. Naik Taraf Jalan Utama kepada Empat Lorong

Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan naik taraf jalan utama Rantau Panjang kepada empat lorong bagi mengurangkan kesesakan dan memudahkan aliran kenderaan dagangan serta pelancong.

Projek ini juga bakal bermula 2026

4. Pemindahan dan Naik Taraf Balai Bomba Rantau Panjang

Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang akan dipindahkan ke kawasan baharu yang lebih tinggi dan selamat daripada risiko banjir.

Projek ini telah diluluskan dengan peruntukan awal sebanyak RM3 juta bagi proses kajian dan pengambilan tanah.

5. Pembinaan Tembok Sempadan dan Tebatan Banjir

Kerajaan turut meluluskan pembinaan tembok keselamatan sempadan di kawasan berhampiran Sungai Golok bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta mengurangkan impak banjir tahunan.

Projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk yang sering berdepan limpahan air dari Sungai Golok setiap kali musim tengkujuh.


Projek Dalam Perbincangan

6. Cadangan Sambungan Laluan ECRL ke Rantau Panjang

Cadangan untuk menyambung jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang masih dalam peringkat perbincangan teknikal antara kerajaan negeri, Malaysia Rail Link (MRL) dan Kementerian Pengangkutan.

Jika dilaksanakan, ia bakal menjadikan Rantau Panjang pintu logistik utama ke Thailand melalui jaringan rel.

7. Naik Taraf Jambatan Rantau Panjang – Sungai Golok

Projek naik taraf jambatan penghubung Malaysia–Thailand di Sungai Golok turut dibincangkan oleh kerajaan dua negara.

Jambatan sedia ada yang telah berusia lebih 50 tahun dilihat tidak lagi mampu menampung peningkatan trafik dan aktiviti perdagangan harian.

8. Naik Taraf Kompleks ICQS Rantau Panjang

Projek naik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang kini di peringkat perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kerja Raya (KKR).

Cadangan melibatkan pembinaan laluan baharu bagi kenderaan keluar-masuk, kemudahan tambahan pegawai, serta ruang pemeriksaan lebih luas bagi melancarkan urusan sempadan.


Rantau Panjang Menuju Status Bandar Sempadan Moden

Kesemua projek ini dijangka memberi impak besar terhadap pembangunan ekonomi dan kesejahteraan penduduk tempatan.



Apabila siap sepenuhnya, Rantau Panjang bukan sahaja berperanan sebagai pusat beli-belah bebas cukai, tetapi juga bakal muncul sebagai bandar sempadan moden dan strategik di utara Kelantan.

#KelantanDaily

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan