Kelantan rancang buka Muzium Pertanian, sasaran operasi Jun 2026

Kelantan rancang buka Muzium Pertanian, sasaran operasi Jun 2026

Hasrat lama untuk melihat warisan pertanian Kelantan dipelihara dan diperkenalkan secara lebih tersusun akhirnya bakal direalisasikan apabila Kerajaan Negeri merancang penubuhan Muzium Pertanian Kelantan, yang dijangka mula beroperasi pada Jun 2026.

Perkara itu dimaklumkan oleh YB Zamakhshari Muhamad, yang juga Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Menurut beliau, muzium berkenaan dicadang ditempatkan di bangunan lama Majlis Daerah Tumpat yang dikenal pasti mempunyai potensi besar untuk dimanfaatkan sebagai pusat warisan dan pendidikan.

Lawatan tapak turut diadakan bersama Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Norhalis Mohamed Noor, bagi meninjau keadaan fizikal bangunan serta kesesuaian ruang yang boleh dibangunkan.

“Dah lama kita mengimpikan penubuhan Muzium Pertanian di Kelantan. Insya-Allah, tahun hadapan muzium ini akan dibuka untuk rakyat negeri ini,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Jelasnya, muzium tersebut bukan sekadar mempamerkan sejarah dan warisan pertanian Kelantan, malah berperanan sebagai pusat pendidikan serta ruang interaksi masyarakat.

Antara cadangan yang sedang dibincangkan termasuk penyediaan ruang petting zoo yang bersesuaian, khususnya bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dan keluarga terhadap dunia pertanian serta ternakan.

“Pertanian merupakan asas kehidupan rakyat Kelantan sejak dahulu. Banyak sejarah, peralatan tradisional, kaedah dan kisah para petani yang wajar direkod, dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi akan datang,” ujarnya.

Tambah beliau, pelaksanaan projek Muzium Pertanian Kelantan akan digerakkan secara berperingkat bagi memastikan ia benar-benar berfungsi sebagai ruang ilmu, warisan dan tarikan baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat serta pelancong.

“Muzium ini diharap menjadi simbol penghargaan terhadap sumbangan sektor pertanian dalam pembangunan negeri Kelantan,” katanya lagi.



Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyatakan hasrat untuk menghidupkan kembali Muzium Wau di Pantai Sri Tujuh, sebagai usaha memartabatkan seni dan budaya negeri agar warisan yang pernah menghiasi langit Kelantan suatu ketika dahulu terus kekal dalam ingatan dan jati diri anak Kelantan.

Sumber: MediaPoint

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan