MRL sedia salurkan bantuan banjir sepanjang jajaran ECRL

KUALA TERENGGANU Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh hujung tahun ini bagi memastikan operasi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak terjejas serta bantuan dapat disalurkan segera sekiranya berlaku bencana banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata persediaan awal telah dibuat di semua peringkat bagi memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar dan keselamatan di sepanjang laluan terjamin.

“Sekiranya berlaku sebarang kejadian, bantuan dapat disalurkan melalui ECRL seperti mana dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Kami juga akan terus memberikan komitmen bagi memastikan bantuan sampai ke kawasan berisiko,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja di Stesen ECRL Kuala Terengganu, pada Rabu.

Darwis berkata, beberapa kawasan telah dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi setiap kali musim tengkujuh, terutama di jajaran Terengganu dan Kelantan.

“Hampir keseluruhan jajaran di Terengganu berpotensi terjejas, namun paling kritikal seperti tahun lalu ialah kawasan Pasir Puteh di Kelantan.

Langkah pencegahan telah diambil dan pasukan bersedia bertindak jika berlaku kejadian luar jangka,” jelasnya.

Beliau menambah, faktor cuaca dan musim tengkujuh turut diambil kira dalam perancangan serta jadual penyiapan projek bagi memastikan pembinaan dijalankan dengan selamat dan teratur.

“Sebahagian besar kawasan berisiko telah dikenal pasti dan tindakan mitigasi diambil untuk mengurangkan kesan banjir terhadap komuniti setempat serta kerja-kerja pembinaan,” katanya sambil menegaskan MRL akan mengambil tanggungjawab penuh sekiranya insiden berpunca daripada aktiviti projek.

Darwis turut memaklumkan kemajuan keseluruhan projek ECRL kini mencapai 88.08 peratus, manakala jajaran di Terengganu berada pada tahap 93.55 peratus.

“Stesen Bandar Permaisuri kini siap 77 peratus manakala Stesen Utama Kuala Terengganu pula 68 peratus,” katanya.



Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi MRL, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata jajaran Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka siap Disember 2026 dan beroperasi Januari 2027, manakala Fasa 2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang dijangka siap Disember 2027 bagi membolehkan keseluruhan projek beroperasi penuh Januari 2028.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!