Fenomena La Nina dijangka landa Malaysia hujung tahun hingga awal 2026

KUALA LUMPUR – Fenomena cuaca La Nina dijangka melanda negara antara Oktober hingga Disember tahun ini, sekali gus membawa hujan berpanjangan dan berpotensi menyebabkan banjir serta tanah runtuh di beberapa kawasan seluruh Malaysia.

Ketua Jabatan Sains dan Teknologi Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Zulfa Hanan Ashaari berkata, masyarakat perlu sentiasa peka dengan sebarang amaran cuaca rasmi yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) agar langkah awal dapat diambil.

“Antara persediaan penting ialah memastikan bumbung serta longkang tidak bocor atau tersumbat supaya air hujan dapat mengalir dengan baik. Kebersihan juga perlu dijaga bagi mengelakkan penyakit bawaan air dan nyamuk,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan berisiko banjir supaya menyimpan dokumen penting dan barangan elektrik di tempat tinggi, selain menyediakan beg kecemasan yang mengandungi makanan, air, ubat-ubatan, lampu suluh dan ‘power bank’.

“Persediaan rapi membantu masyarakat bertindak lebih cepat ketika kecemasan dan memastikan keselamatan keluarga terjamin sepanjang musim La Nina,” katanya.

Sementara itu, Pakar Hidrologi dan Permodelan Banjir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, model iklim antarabangsa menunjukkan tanda-tanda jelas bahawa La Nina bakal berlaku pada penghujung 2025 dan berlarutan hingga awal 2026.

“Fenomena ini mungkin singkat tetapi tetap memberi kesan besar kerana berlaku seiring dengan monsun timur laut. Ia boleh meningkatkan kekerapan hujan serta risiko banjir, jerlus dan kegagalan cerun,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pengurusan sebelum, semasa dan selepas bencana penting untuk mengurangkan risiko kecederaan dan kehilangan nyawa.

“Pastikan semua dokumen penting disimpan di tempat selamat, ubat-ubatan disediakan dan elakkan aktiviti luar jika berlaku hujan berterusan,” tambahnya.



Sebelum ini, MetMalaysia memaklumkan kebarangkalian La Nina berlaku antara Oktober hingga Disember 2025 ialah 71 peratus, dan berlanjutan hingga awal tahun depan dengan kebarangkalian 54 peratus.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan