Empat lagi jajahan di Kelantan mula terjejas banjir hari ini

Empat Lagi PPS Dibuka, Kini 8 Jajahan Di Kelantan Terjejas Banjir

Situasi banjir di Kelantan terus memburuk apabila Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Gua Musang turut membuka pusat pemindahan sementara (PPS) baharu, menjadikan keseluruhan lapan jajahan kini terjejas.

Di Kuala Krai, enam PPS beroperasi iaitu Masjid Kuala Pertang, SK Chenulang, Balai Raya Sungai Tasan Kuala Pertang, Balai Raya Kampung Mial, Surau Dusun Ban dan SK Bedal. Hanya satu mukim terlibat setakat ini dengan 100 mangsa daripada 33 keluarga.

Di Tanah Merah, empat PPS dibuka melibatkan SK Kelewek, SK Gual Jedok, PPS Kampung Kuala Paku dan SK Bendang Nyior. Tiga mukim terjejas dengan 54 mangsa daripada 15 keluarga.

Di Machang, tiga PPS iaitu SK Kampung Pek, SK Pangkal Jenereh dan SK Hamzah 2 menempatkan 34 mangsa daripada 18 keluarga dari dua mukim yang terlibat.

Di Gua Musang, satu PPS beroperasi di Dewan Orang Ramai Batu 5 dengan 6 mangsa daripada 6 keluarga.

Secara keseluruhan, 9,673 mangsa daripada 3,675 keluarga sudah dipindahkan di seluruh Kelantan. Sebanyak 55 PPS dibuka di lapan jajahan setakat ini.

BACA: Info Terkini Bacaan Aras Sungai Utama di Kelantan dan Lalulintas Terjejas Banjir

Amaran Hujan Berterusan Sehingga 26 November

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan beberapa amaran hujan berterusan yang dijangka berlarutan sehingga 26 November.

Tahap Bahaya (Sangat Lebat)

Melibatkan jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Tahap Buruk (Lebat)

Melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.

Tahap Waspada

Melibatkan Gua Musang.

MetMalaysia menasihatkan penduduk kawasan berisiko agar kekal peka terhadap perkembangan semasa dan bersedia untuk berpindah sekiranya paras air terus meningkat.

BACA: Info Terkini Bacaan Aras Sungai Utama di Kelantan dan Lalulintas Terjejas Banjir

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!