‘Lebih kejam daripada binatang’ – Abang mangsa bunuh dua beranak di Juru luah rasa pilu

SEBERANG JAYA – “Saya tak boleh terima perbuatan suspek. Cara pembunuhan itu terlalu kejam, lebih teruk daripada binatang.”

Itu luahan Bismi Che Hin, 60, abang kepada mangsa bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa, Suraya Che Hin, 51, merupakan adik bongsu daripada enam beradik dan seorang yang peramah serta disenangi ramai.

“Dia seorang periang, peramah, tapi saya tak tahu kalau dia ada masalah lain.

Dia pernah jadi guru tadika, memang penyayang orangnya. Anak kandung dia seorang, tapi dia ada dua anak angkat dan yang meninggal dunia ini merupakan anak angkat yang dijaga sejak kecil lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini pada Ahad.

Bismi berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian menyayat hati itu sekitar jam 7 malam daripada anak mangsa.

“Saya tahu kejadian dalam jam 7 malam daripada anak dia. Tapi saya tak pasti, jadi saya telefon besan saya untuk sahkan.

Bila besan saya cakap betul, saya terus bergegas ke sana,” katanya.

Bagaimanapun, Bismi berkata, beliau tidak dibenarkan menghampiri lokasi kejadian dan hanya mendapat maklumat daripada orang ramai.

“Kita pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Macam-macam cerita disebarkan.

Kali terakhir saya bertemu arwah ialah ketika majlis perkahwinan anaknya iaitu anak kepada suami pertama,” katanya.

Mengenai perkahwinan adiknya dengan suami kedua, Bismi mengakui tidak mengetahui banyak latar belakang lelaki berkenaan.

“Saya pun tak tahu... dengar-dengar dah kahwin. Saya pun tak pernah bersembang dengan suaminya yang ini.

Tapi mereka kahwin tak sampai lima tahun,” katanya lagi.

Beliau yang masih terkejut dengan kejadian itu turut memohon agar polis menjalankan siasatan terperinci serta menjatuhkan hukuman setimpal terhadap suspek.

“Saya harap polis dapat memberikan keadilan kepada adik dan anak saudara saya yang dibunuh dengan kejam,” katanya.

Difahamkan, jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, Jeniri selepas selesai proses bedah siasat.

Sebelum ini, media melaporkan mayat wanita berusia 51 tahun bersama anak perempuannya berusia 11 tahun ditemukan suaminya pada jam 7.30 malam di rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru.



Difahamkan, mayat wanita itu ditemukan di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hampir putus, manakala anaknya ditemukan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!