KRW berpesta gol di Kota Bharu, benam cabaran Perlis 5-0

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors (KRW) berpesta gol apabila membenam cabaran Perlis GSA 5-0 dalam aksi Liga A1 Semipro di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Perlawanan bermula dengan penuh bertenaga apabila KRW membuka jaringan seawal 30 saat pertama menerusi rembatan padu Wan Mohd Fazli yang menewaskan penjaga gol lawan selepas menerima hantaran jauh dari bawah.

Gol kedua hadir pada minit ke-5 melalui Zuasyraf, yang menyudahkan gerakan menarik dari bahagian tengah pasukan tuan rumah.

Penyerang import KRW, Emmanuel Mbarga, menambah derita skuad Singa Utara apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-27 hasil sepakan sudut terus ke gawang, ala sepakan terkenal bekas kapten KRW, Piya (Mohd Badhri Radzi).

Sebelum tamat separuh masa pertama, Latiff Suhaimi meledak gol keempat menerusi tandukan selepas menerima hantaran lintang Faiz Nasir, menjadikan keputusan 4-0 sebelum rehat.

Memasuki babak kedua, KRW terus menguasai permainan. Mbarga sekali lagi menemui sentuhan jaringan pada minit ke-66 untuk gol kelima perlawanan.

Pemain import itu hampir mencipta hatrik selepas diberi peluang mengambil sepakan penalti, namun percubaannya gagal menghasilkan jaringan.



Perlawanan berakhir dengan keputusan KRW 5-0 Perlis GSA, sekaligus memberikan tiga mata berharga kepada pasukan tuan rumah.

KRW dijadualkan menentang Malaysia University pada 26 Oktober ini di tempat lawan.

#KelantanDaily

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!