Ini jumlah penduduk terbaru 2025 mengikut Jajahan di Kelantan

Menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), keseluruhan penduduk Malaysia adalah dianggarkan seramai 34.2 juta penduduk dengan Selangor merekod penduduk teramai dengan 7.4 juta diikuti Johor (4.2 juta), Sabah (3.8 juta), Perak (2.6 juta), Sarawak (2.5 juta).

Manakala jumlah penduduk untuk 3 negeri di Pantai timur iaitu Kelantan adalah seramai 1,907,700 orang diikuti Pahang dengan 1,678,200 dan Terengganu seramai 1,246,900 penduduk.

Jumlah penduduk negeri Kelantan meningkat satu peratus berbanding tahun 2024 (1,887,900). Daripada jumlah berkenaan, penduduk lelaki di Kelantan seramai 958,800 orang, manakala perempuan berjumlah 948,900 orang.

DOSM turut merekodkan 397,400 isi rumah di negeri ini bagi tahun 2025.


Penduduk mengikut jajahan di Kelantan (2025):

  1. Kota Bharu – 590,100
  2. Pasir Mas – 242,700
  3. Tumpat – 191,200
  4. Bachok – 167,600
  5. Tanah Merah – 159,900
  6. Pasir Puteh – 144,700
  7. Machang – 117,700
  8. Kuala Krai – 112,400
  9. Gua Musang – 111,300
  10. Jeli – 58,200
  11. Lojing – 11,700


Struktur Umur Penduduk

Laporan itu turut menunjukkan komposisi umur muda (0–14 tahun) tertinggi dicatatkan di Gua Musang (32.4%), diikuti Lojing (31.9%) dan Tumpat (31.6%).

Bagi komposisi umur bekerja (15–64 tahun), Jeli mencatatkan peratusan tertinggi dengan 70.3%, diikuti Kota Bharu (67.3%) dan Bachok (66.9%).

Sementara itu, komposisi umur tua (65 tahun ke atas) tertinggi direkodkan di Pasir Mas (8.3%), diikuti Machang (7.9%) serta Kota Bharu dan Kuala Krai (7.7%) masing-masing.

#KelantanDaily
Sumber: DOSM

TERKINI

Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle
|
Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah,…
Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia
|
Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai…
Juruwang Songlap Pin Touch ‘n Go Pasar Raya Lebih RM500,000 Sejak 2022
|
Tindakan seorang bekas juruwang pasar raya menyalahgunakan mesin terminal…
Imam Kelantan Kini Miliki Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Pengurusan Masjid
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Penjaring Gol Terpantas Piala Dunia Kini Jadi Pelarian Di Amerika Syarikat
|
Nama Hakan Sukur pernah disanjung sebagai antara pemain bola…
Cubaan Lari Gagal, Lelaki Thailand Ditahan Bersama 9 PATI Di Tumpat
|
Cubaan seorang lelaki warga Thailand meloloskan diri daripada pemeriksaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!