18 Jam Hilang, Kanak-Kanak Di Kuala Krai Ditemukan Selamat Sejauh 1 Kilometer

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan yang dilaporkan hilang di Kampung Bechah Salak, Kuala Krai, sekitar jam 4 petang semalam ditemukan selamat pagi ini.

BERKAITAN: Kanak-Kanak Setahun 8 Bulan Hilang Ketika Bermain Di Halaman Rumah


Muhammad Irsyad Hakim Mohammad Khairul Najmi ditemukan di kawasan ladang getah berbukit kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Zulhilmi Baharudin berkata, mangsa ditemukan pada jam 10.20 pagi oleh seorang penoreh getah.

Penemuan itu menamatkan penantian keluarga selepas kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang sekitar jam 4 petang semalam ketika berada di sekitar rumahnya.

Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan di kawasan kediaman mangsa, kolam ikan serta hutan berhampiran.

Usaha pencarian turut membabitkan anggota bomba, polis dan penduduk kampung.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!