Penduduk di empat jajahan di Kelantan diminta bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir bermula 24 hingga 27 November ini berdasarkan ramalan awal yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).
Ramalan yang dikeluarkan pada jam 10 pagi, 22 November 2026 itu melibatkan kawasan dalam lembangan Sungai Golok, terutama kawasan hotspot banjir, kawasan rendah dan lokasi berisiko banjir.
Empat jajahan yang dikenal pasti ialah Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat.
Ini kawasan dan sungai yang terlibat
Berdasarkan maklumat PRABN, berikut merupakan kawasan lembangan sungai yang terlibat mengikut jajahan:
1. Jajahan Jeli
Lembangan Sungai Golok melibatkan:
- Sungai Buloh
- Sungai Lanas
- Sungai Legeh
- Sungai Satan
2. Jajahan Pasir Mas
Lembangan Sungai Golok melibatkan:
- Sungai Golok
- Sungai Bunut Susu
- Sungai Meranti
- Sungai Tandak
- Sungai Kedotok
- Sungai Lanchang
- Sungai Tasik Garu
- Tasik Danau To' Uban
- Sungai Rengas
- Sungai Lemal
- Sungai Lemal Mati
3. Jajahan Tanah Merah
Lembangan Sungai Golok melibatkan:
- Sungai Golok
- Sungai Jegor
- Sungai Manal
- Sungai Jedok
- Sungai Air Bujing
- Sungai Lanas
4. Jajahan Tumpat
Lembangan Sungai Golok melibatkan:
- Sungai Golok
- Sungai Pengkalan Nangka
- Sungai Mentua
- Sungai Gali
- Sungai Kelaboran
- Sungai Tapang
Banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat
PRABN menjelaskan ramalan banjir yang dikeluarkan berdasarkan analisis data hidrologi model ramalan banjir.
Bagaimanapun, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tempoh yang dijangkakan.
Amaran awal itu dikeluarkan bagi membolehkan penduduk, khususnya mereka yang berada di kawasan hotspot dan berisiko banjir, mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat semasa berkaitan banjir menerusi laman rasmi InfoBanjir di publicinfobanjir.water.gov.my.
