Walau tanpa subsidi, RON95 tetap diseludup ke Thailand

TUMPAT – Kegiatan penyeludupan petrol RON95 tanpa subsidi ke Thailand masih berterusan melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, meskipun rondaan rutin dilakukan pihak berkuasa.

Menurut laporan Utusan, tinjauan di beberapa stesen minyak berhampiran sempadan Malaysia–Thailand di Pengkalan Kubor mendapati aktiviti itu tetap rancak berlaku.

Lebih mengejutkan, kebanyakan penyeludup dilihat tidak menebus kuota inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) yang menawarkan sehingga 300 liter pada harga subsidi RM1.99 seliter. Sebaliknya, mereka mengisi petrol tanpa subsidi pada harga RM2.60 seliter.

Seorang penduduk tempatan, Derahman, 42, berkata kenderaan penyeludup dilihat berulang-alik ke pangkalan haram sebelum membawa petrol ke Thailand menggunakan bot enjin galah.

Sementara itu, seorang penyeludup yang hanya mahu dikenali sebagai Sulaiman, 55, mengakui harga lebih mahal di negara jiran tetap menjadikan kegiatan itu berbaloi.

Menurutnya, petrol berkenaan dijual antara RM3.50 hingga RM4 seliter kepada kumpulan penyeludup di Thailand.

“Kami pilih isi petrol tanpa subsidi walaupun layak menebus BUDI95. Kalau tebus BUDI95, kuotanya hanya 300 liter, sehari sudah habis. Jadi lebih baik beli petrol tanpa subsidi,” katanya.

Sebagai perbandingan petrol jenis Benzine 95 di Thailand, sama gred dengan RON 95 di Malaysia, dijual dengan harga 40.94 baht atau RM5.35 seliter.

#KelantanDaily
Sumber: Utusan

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!