[Dikemaskini] Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan memperoleh 20 (Keputusan rasmi 21 kerusi) daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekali gus melepasi angka majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
Kemaskini Keputusan Rasmi PRN Melaka
Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang memaklumkan gabungan berkenaan berjaya mencapai kemenangan di 20 kerusi menerusi sistem First-Past-The-Post (FPTP).
Sistem FPTP menetapkan calon yang mendapat undi tertinggi di sesuatu kawasan pilihan raya sebagai pemenang kerusi berkenaan.
Dengan 28 kerusi dipertandingkan, sesebuah gabungan memerlukan sekurang-kurangnya 15 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri.
Antara kawasan yang diumumkan menang menerusi sistem itu ialah Tanjung Bidara, Merlimau, Duyong, Rim, Kuala Linggi, Ayer Limau, Lendu, Rembia, Gadek, Machap Jaya dan Pengkalan Batu.
Bagaimanapun, pengumuman 20 kerusi itu merupakan keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Asyraf Wajdi. Pengesahan rasmi keputusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) BN berjaya menangi 21 kerusi.
BN dan PN bekerjasama dalam PRN Melaka kali ini, dengan BN menang 21 dari 23 kerusi manakala PN meletakkan calon di lima kerusi dan menang tiga kerusi.
Angka 24 kerusi dimenangi gabungan itu membolehkan BN-PN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
Perbandingan keputusan PRN Melaka Tahun 2021 & 2026
