Sultan Muhammad V puji Kelantan negeri pertama larang jual vape, shisha

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana menjadi negeri pertama di Malaysia yang menguatkuasakan larangan penjualan vape dan shisha sejak 2015.

Baginda bertitah, langkah berani itu wajar diteruskan sebagai usaha melindungi generasi muda daripada gejala sosial termasuk penyalahgunaan dadah.

“Beta menyambut baik inisiatif kerajaan negeri yang menjadikan Kelantan sebagai negeri pertama yang menguatkuasakan larangan penjualan vape dan shisha sejak 2015.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi penguat kuasa yang telah bekerjasama dalam pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024,” titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-56 di Istana Balai Besar, semalam.

Larangan berkenaan dilaksanakan melalui semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Untuk rekod, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang diluluskan Parlimen pada Februari lalu baru sahaja mula dikuatkuasakan secara berperingkat di seluruh negara.

Selain itu, Sultan Muhammad V turut menghargai inisiatif kerajaan negeri dalam membangunkan generasi belia sebagai pemimpin masa depan melalui ekosistem yang menekankan kepimpinan, keusahawanan dan teknologi digital.

Baginda juga menzahirkan kebimbangan terhadap pengaruh global dan media sosial yang boleh menimbulkan salah faham serta perpecahan dalam masyarakat.

“Nilai kesantunan, hormat-menghormati dan adab berbahasa perlu sentiasa diperkukuh supaya generasi muda terus berpegang kepada budaya bangsa meskipun berdepan arus globalisasi,” titah baginda.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Utusan

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!