Sultan Kelantan Titah Percepat Pembinaan Lebuhraya KBKK dan LTU

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan titah agar kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembangunan infrastruktur jalan raya utama di negeri ini, khususnya Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai (KBKK) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Baginda bertitah, laluan tersebut sangat penting kerana menjadi penghubung utama ke Kompleks Sukan Bukit Merbau yang bakal menjadi lokasi penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2028.

“Beta menyeru kerajaan Persekutuan mempercepatkan penyediaan infrastruktur penghubung ke kompleks berkenaan, termasuk Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama serta penaiktarafan jalan susur masuk,” titah baginda.

Titah itu disampaikan sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan bersempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-56 di Istana Balai Besar, pada Isnin.

Kompleks Sukan Bukit Merbau Mercu Baharu Kelantan

Dalam titah sama, Sultan Muhammad V menyatakan rasa gembira dengan perkembangan positif pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau yang bakal menjadi simbol pembangunan baharu sektor sukan di negeri ini.

Pertumbuhan Ekonomi Positif

Menyentuh ekonomi negeri, baginda bertitah Kelantan merekodkan pertumbuhan 3.6 peratus pada tahun lalu, meningkat daripada 2.6 peratus pada tahun sebelumnya. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri.

“Malaysia mencatat pertumbuhan 5.1 peratus dipacu permintaan domestik, manakala Kelantan merekodkan pertumbuhan 3.6 peratus. Semua sektor ekonomi negeri ini menunjukkan perkembangan positif,” titah baginda.

Sokongan RMK13 dan Agenda Pembangunan

Sultan Kelantan turut menyambut baik pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bertemakan Melakar Semula Pembangunan yang menekankan peningkatan taraf hidup rakyat dan penstrukturan semula ekonomi negara.

“Beta menyambut baik inisiatif RMK13 untuk Kelantan termasuk pembangunan Hab Ekonomi Biru, penaiktarafan infrastruktur bunkering, industri pembinaan dan pembaikan kapal serta menaik taraf Pelabuhan Tok Bali. Semua pihak sama ada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan sektor swasta perlu berpadu usaha merealisasikan agenda ini,” titah baginda.

Potensi Pelancongan dan Hab Makanan Negara

Selain itu, baginda turut menekankan potensi Kelantan sebagai pusat pengeluaran makanan negara. Baginda menyeru agar negeri ini memanfaatkan peluang Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan mengetengahkan produk pelancongan baharu merangkumi budaya, warisan, seni, gastronomi, ekopelancongan, agro dan geopelancongan.

“Beta percaya rakyat Kelantan yang terkenal dengan keramahan dan nilai hospitaliti tinggi mampu melonjakkan pelancongan berasaskan komuniti sebagai produk masa depan negeri. Aspek kebersihan, keindahan landskap dan kemudahan awam juga perlu diberi perhatian,” titah baginda.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama, Sinar Harian

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan