Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa berakhir dengan berita duka apabila Nur Izzati Humaira Azizul ditemukan meninggal dunia hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan SAR kira-kira jam 11.59 pagi.

Menurutnya, mangsa ditemukan di luar laluan mendaki kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

“Pasukan SAR mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa mayat ke PKTK menggunakan pengusung,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

Terdahulu, operasi SAR yang memasuki hari keempat dimulakan semula jam 8 pagi selepas dihentikan pada jam 6.30 petang semalam.

Nur Izzati Humaira, 19, dipercayai tersesat pada jam 10.50 pagi Sabtu lalu ketika menuruni bukit bersama keluarganya selepas memilih berjalan sendirian kerana berasa panas dan penat.

Kehilangan remaja itu sebelum ini mendapat perhatian ramai netizen yang turut sama mendoakan agar mangsa ditemukan selamat.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!