Tiga Lelaki Rohingya Ditahan Disyaki Guna Kad UNHCR Palsu Di Kota Bharu

Tiga lelaki etnik Rohingya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan selepas disyaki menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) palsu dalam Op Mega Bersepadu yang dijalankan di sekitar Kota Bharu hari ini.

Menurut laporan Bernama, Pengarah JIM Kelantan, Garry Belayong John Siki berkata, tiga kad UNHCR yang disyaki palsu itu dirampas selepas pemeriksaan mendapati terdapat percanggahan antara data biometrik dalam kad dengan rupa fizikal pemegangnya.

Beliau berkata, hasil imbasan kod respons pantas (QR) pada kad berkenaan turut mendapati maklumat yang dipaparkan tidak sepadan dengan individu yang membawanya, termasuk gambar serta butiran peribadi.

"Mereka mendakwa kad itu diperoleh daripada rakan dan digunakan untuk mendapatkan pekerjaan, bagaimanapun kami akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sumber kad disyaki palsu itu.

"Jika kad berkenaan disahkan palsu, kes akan dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya.

362 Warga Asing Diperiksa

Operasi yang bermula pada jam 9 pagi itu melibatkan pemeriksaan di 11 lokasi yang menjadi tumpuan warga asing dan turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Menurut Garry, seramai 362 warga asing terdiri daripada warga Myanmar, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Thailand diperiksa sepanjang operasi tersebut.

Daripada jumlah itu, 20 lelaki berusia antara 30 hingga 60 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata, kebanyakan warga Rohingya yang diperiksa memiliki kad UNHCR, manakala warga asing lain mempunyai permit kerja yang sah untuk bekerja di Kelantan.

Selain itu, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun turut diperiksa dan memaklumkan mereka berada di kawasan berkenaan bagi tujuan membeli-belah.

Sumber: Bernama

TERKINI

Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Sejarah Tercipta! Aliff Rakib Raih Gelaran Dunia Pertama Malaysia Di ONE Championship
|
Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!