Klinik Swasta Tanpa Tauliah, Warga Pakistan Jadi Doktor Palsu

Seorang lelaki warga Pakistan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai doktor dengan menggunakan kelayakan perubatan milik individu lain untuk menjalankan operasi di sebuah klinik swasta di Subang.

Kegiatan itu terbongkar dalam serbuan kira-kira jam 11.50 pagi pada Khamis oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selepas risikan selama sebulan.

Operasi Klinik Disyaki Berjalan 8 Bulan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kenyataan berkata, lelaki berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti perubatan tidak sah di premis tersebut sejak kira-kira lapan bulan lalu.

Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan sah untuk berada di negara ini.

Turut ditahan, seorang individu warga asing yang dipercayai mengendalikan klinik berkenaan tanpa kebenaran sah dalam sektor perubatan.

Guna Dokumen APC Untuk Mengaburi Pesakit

Menurut JIM, bagi mengaburi pihak berkuasa dan meyakinkan pesakit, klinik itu dipercayai menggunakan dokumen Perakuan Amalan Tahunan (APC) serta kelayakan perubatan milik individu lain.

Antara barangan yang disita termasuk cap nama suspek, cap nama klinik, tablet, buku rekod urus niaga serta dokumen berkaitan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Lebih membimbangkan, klinik berkenaan dipercayai mengeluarkan sijil cuti sakit tanpa pemeriksaan kesihatan sebenar, dengan bayaran sekitar RM20 bagi setiap pelanggan.

Kes Keempat Dikesan Sejak 2024

Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala seorang wanita warga tempatan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

JIM memaklumkan, kes ini merupakan kes keempat sejak 2024 membabitkan warga asing yang dikesan menyamar atau menjalankan aktiviti sebagai doktor tidak bertauliah.

Jabatan itu menegaskan tindakan tegas akan terus diambil bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!