RM87.9 Juta Diperuntukkan Bagi Penyelesaian Kekal Isu Lubang Benam Jalan Lojing–Gua Musang

Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM87.9 juta bagi melaksanakan penyelesaian kekal terhadap masalah lubang benam yang berulang di Jalan Persekutuan FT185 Seksyen 78.60, Jalan Lojing–Gua Musang.

Masalah yang berlarutan sejak penghujung tahun 2024 itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya, malah memberi kesan kepada kehidupan penduduk serta aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), hasil taklimat teknikal mendapati kejadian itu berpunca daripada faktor geologi dan hidrologi yang kompleks, sekali gus memerlukan penyelesaian kejuruteraan secara menyeluruh.

Bagi mengatasi masalah tersebut secara jangka panjang, projek berkenaan akan melibatkan pembinaan sebuah jambatan baharu berstruktur bertingkat dengan empat lorong dua hala.

Selain itu, jalan tuju sepanjang kira-kira 200 meter turut akan dibaik pulih sebagai sebahagian daripada projek penyelesaian kekal.

Sementara menunggu projek siap, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan beberapa langkah sementara bagi memastikan laluan masih selamat digunakan.

Antara tindakan yang diambil termasuk menyediakan pelan pengurusan trafik, laluan lencongan serta kerja-kerja pembaikan sementara di lokasi kejadian.

KKR bersama JKR memaklumkan pemantauan akan diteruskan sepanjang pelaksanaan projek bagi memastikan semua kerja berjalan mengikut jadual selain menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya atas kesabaran serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja pembaikan.

Sumber: KKR

TERKINI

RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!