Polis Kelantan Buru ‘Mejoh’, Suspek Utama Kes Culik Dua Lelaki

Hampir sebulan selepas dua lelaki diculik sebelum ditemui di Thailand, polis masih belum menutup fail siasatan kes tersebut.

Tumpuan kini terarah kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Mejoh, individu yang dipercayai menjadi dalang utama di sebalik penculikan itu.

Dipercayai Bersembunyi Di Thailand

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek dipercayai melarikan diri ke Thailand dan pihaknya kini bekerjasama dengan polis negara jiran itu untuk mengesannya.

"Kita masih memburu Mejoh yang dipercayai berada di Thailand. Kita mendapat maklumat suspek mempunyai isteri di Thailand.

"Kita juga sudah mendapatkan bantuan daripada polis Thailand bagi mengesan suspek utama itu," katanya.

Bermula Dengan Hutang RM33,000

Siasatan sebelum ini mendapati dua mangsa diculik selepas dipercayai dijadikan "cagaran" kepada hutang RM33,000 yang melibatkan saudara mereka.

Mangsa akhirnya ditemukan di Mundok, Thailand dua hari selepas kejadian.

Setakat ini, seorang daripada suspek yang diburu telah ditahan di Terengganu, manakala usaha memburu Mejoh masih diteruskan.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!