Percepat Projek Jambatan Sungai Durian, Tiada Kompromi Terhadap Kelewatan – Nanta

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengarahkan kontraktor mempercepatkan pelaksanaan Projek Penggantian Jambatan Sungai Durian di Kuala Krai selepas mendapati projek itu masih mengalami kelewatan walaupun telah diberikan enam kali lanjutan masa (Extension of Time, EOT).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, arahan itu diberikan ketika beliau mengadakan lawatan mengejut ke tapak projek bagi menilai sendiri perkembangan semasa kerja-kerja pembinaan.

Menurut beliau, antara punca kelewatan dikenal pasti ialah kerja pemasangan cerucuk gerek (borepile) yang terganggu akibat halangan paip utiliti sedia ada selain isu berkaitan struktur sokongan sementara jambatan besi.

“Kelewatan ini tidak boleh berterusan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya pada Selasa.

Beliau turut mengingatkan kontraktor supaya menambah sumber tenaga dan jentera di tapak projek, mempercepatkan pelaksanaan kerja serta menyelesaikan semua isu teknikal dengan segera bersama Jabatan Kerja Raya (JKR).

Alexander Nanta berkata, penduduk setempat telah terlalu lama menunggu projek berkenaan disiapkan dan ia perlu diselesaikan mengikut jadual semasa supaya dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

“Saya tidak akan berkompromi dengan sebarang kelewatan yang berpunca daripada kelemahan pelaksanaan.

“KKR dan JKR akan terus memantau rapi sehingga projek ini siap dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat,” katanya.

Projek penggantian Jambatan Sungai Durian merupakan antara projek infrastruktur penting di Kuala Krai yang dijangka meningkatkan kelancaran perhubungan serta memberi manfaat kepada penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

Sumber: Bernama

TERKINI

RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!