Pelajar Tingkatan Tiga Cedera Ditikam Rakan Di Sekolah, Alami 16 Luka Dan Kecederaan Paru-Paru

Bapa Sangka Anak Tak Sihat, Rupanya Jadi Mangsa Tikaman Di Sekolah

Apa yang disangka hanya panggilan biasa daripada pihak sekolah bertukar menjadi detik yang tidak akan dilupakan buat Mohd Firuz Ibrahim apabila dimaklumkan anak perempuannya menjadi mangsa tikaman dalam kawasan sekolah di Banting, Selangor.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 pagi, beliau sedang bekerja menyusun barang sebagai penghantar barangan dan tidak menyedari beberapa panggilan daripada pihak sekolah.

"Saya ketika itu sedang menyusun barang dan tidak perasan telefon saya berbunyi namun bila saya telefon semula pihak sekolah, saya ingat anak saya cuma tak sihat dan tak sangka dia menjadi mangsa tikaman," katanya.

Alami 16 Luka Dan Kecederaan Paru-Paru

Mangsa, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, mengalami kira-kira 16 luka tikaman pada badan serta kecederaan pada paru-paru kiri.

Menurut bapanya, pasukan perubatan sedang berusaha mengeluarkan darah pada paru-paru mangsa dan keadaannya dilaporkan stabil serta masih boleh bercakap.

mangsa tikaman di sekolah


Siasatan polis mendapati mangsa dipercayai ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang pelajar perempuan lain di dalam kawasan sekolah.

Suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Bapa Percaya Anak Bukan Sasaran

Mohd Firuz percaya anaknya mungkin bukan sasaran sebenar suspek.

"Saya rasa anak saya mungkin bukan sasaran asal suspek, mungkin dia nak sasar orang lain tapi mungkin dia yang paling dekat dan tak sempat nak lari. Jadi, dia yang kena," katanya.

suspek tikam rakan sekolah


Beliau turut memohon pihak sekolah memperketatkan aspek keselamatan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang.

JPN Gerakkan Sokongan Psikososial

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor memaklumkan pihaknya memberi kerjasama penuh kepada polis sepanjang siasatan dijalankan.

Selain memastikan mangsa menerima rawatan terbaik, pasukan kaunselor dan guru bimbingan turut digerakkan bagi memberi sokongan psikososial kepada murid, guru dan warga sekolah yang terkesan.

Sumber: Bernama

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!