Mangsa Letupan Bom Tak Bai Terima Pampasan RM80,000 Daripada Thailand

Kerajaan Thailand menyampaikan pampasan berjumlah 650,000 baht (kira-kira RM80,000) kepada seorang daripada dua rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di Daerah Tak Bai pada 29 Jun lalu.

Pampasan itu disampaikan oleh Gabenor Narathiwat, Boonchuay Homyamyen kepada Muhammad Yusri Udin dalam satu majlis yang berlangsung di Pejabat Kastam Sungai Golok pada Jumaat.

Thailand Kesal Dengan Insiden

Boonchuay berkata, Kerajaan Thailand amat kesal dengan kejadian yang menyebabkan kedua-dua rakyat Malaysia itu cedera dan memberi jaminan akan terus memperkukuhkan langkah keselamatan bagi melindungi penduduk serta pelancong.

"Kami tidak akan berdiam diri. Kerajaan Thailand komited memastikan keselamatan semua pihak dan akan terus berusaha memulihkan keyakinan pelancong untuk berkunjung ke Thailand," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, pampasan tersebut disalurkan menerusi dana Kerajaan Thailand yang diwujudkan bagi membantu mangsa insiden berkaitan keselamatan, termasuk pampasan kecederaan dan kerosakan harta benda.

Cedera Akibat Letupan IED

Pada 29 Jun lalu, Muhammad Yusri Udin, 38, dan Abdullah Syarapi Abd Rahman, 45, cedera selepas sebuah peranti letupan buatan sendiri (IED) yang disembunyikan di dalam pembetung jalan meletup berhampiran persimpangan Sapom di Daerah Tak Bai kira-kira jam 11.40 pagi waktu tempatan.

Pihak berkuasa Thailand memaklumkan kedua-dua rakyat Malaysia itu bukan sasaran serangan, sebaliknya kejadian dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak.

Suspek Ditahan

Susulan kejadian itu, seorang suspek berusia 40 tahun telah ditahan.

Pasukan keselamatan Thailand turut melancarkan siasatan menyeluruh termasuk menjalankan operasi pelupusan bahan letupan serta pemeriksaan forensik di lokasi kejadian.

Sumber: Bernama

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!