Ketika ramai penyokong mula menantikan sepak mula Liga Super musim baharu, berita yang dikongsikan oleh Penolong Pengurus Kelantan Red Warrior FC (KRW), Wan Afiq Amirul atau dikenali sebagai Pikbum memberi sinar buat penyokong Red Warrior.
Menurut Pikbum, setakat ini sudah ada 13 syarikat milik anak jati Kelantan telah tampil memberikan tajaan kepada KRW sebagai persediaan menghadapi musim 2026/27. Nama seperti Elrah, Raja Perfume dan Sihate sudah diumumkan, manakala beberapa lagi penaja dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.
Harapan Di Sebalik Cabaran
Di sebalik perkembangan positif itu, KRW masih perlu berdepan satu cabaran besar apabila isu sekatan perpindahan pemain daripada FIFA masih belum selesai.
Isu berkenaan bukan berpunca daripada KRW, sebaliknya melibatkan Kelantan FC yang tidak lagi beraksi dalam Liga Malaysia sejak 2023.
"Doakan kami supaya transfer ban yang sepatutnya bukan kami yang perlu menanggung ini ada penyelesaian yg sewajarnya." tulis Pikbum.
Sokongan Penyokong Terus Diharapkan
Saingan Liga Super 2026/27 dijangka bermula sekitar Ogos atau September ini berdasarkan jadual jendela perpindahan pemain.
Dalam tempoh menunggu penyelesaian isu tersebut, pihak pengurusan berharap penyokong terus memberikan sokongan termasuk mendapatkan Pas Bermusim bagi membantu kelab membentuk pasukan yang lebih mantap untuk musim baharu.
Dapatkan Pas Bermusim KRW disini
