Senator Nafi Tampar Cucu Tok Guru, Dakwa Hanya Sentuh Pipi Secara Mesra

Ahli Dewan Negara, Datuk Azhar Ahmad menafikan dakwaan bahawa beliau menampar cucu kepada Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu program di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik yang tular di media sosial.

Menurut beliau, insiden yang berlaku pada 20 Mei lalu itu disalah tafsir kerana rakaman video yang tersebar tidak memaparkan keseluruhan situasi sebenar.

Dakwa Hanya Sentuh Pipi Secara Mesra

Azhar berkata, kejadian berlaku dalam suasana mesra selepas beliau selesai menyampaikan syarahan dalam Program Pemerkasaan Bangsa Pemimpin Pelajar dan Pengurusan Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Saya diperkenalkan kepada pelajar itu. Dalam suasana yang sangat mesra, saya bersalaman dan sekadar menyentuh pipinya sebagai tanda kemesraan.

“Tiada sebarang tamparan atau perbuatan kasar seperti yang didakwa,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar yang juga cucu kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz membuat laporan polis berhubung dakwaan ditampar dalam program berkenaan.

Pelajar itu mendakwa insiden tersebut menyebabkan dirinya berasa terhina, malu dan terkesan dari segi emosi kerana berlaku di hadapan orang ramai.

Hormati Keluarga Allahyarham Nik Aziz

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, beliau sangat menghormati keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz walaupun mempunyai latar belakang politik yang berbeza.

“Saya sebenarnya teruja apabila dimaklumkan pelajar berkenaan mempunyai kaitan dengan keluarga Allahyarham.

“Bila salam, saya pegang dan tepuk pipi dia sikit, itu cara saya. Bukan tampar,” katanya.

Buat Laporan Polis, Pertimbang Tindakan Undang-Undang

Beliau percaya kekeliruan berlaku apabila maklumat disampaikan tanpa gambaran penuh mengenai kejadian sebenar sebelum ia tular di media sosial dengan naratif berbeza.

Susulan itu, Azhar memaklumkan beliau telah membuat laporan polis bagi melindungi dirinya selain mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa menyebarkan fitnah.

“Saya baru sedar perkara ini selepas melihat video yang tular di TikTok. Hari ini juga saya buat laporan polis untuk lindungi diri saya.

“Kalau setakat teguran tak mengapa, tetapi ini sudah melampau sehingga menjejaskan reputasi. Saya akan ambil tindakan undang-undang,” katanya.

Kes berkenaan kini dalam perhatian pihak berkuasa susulan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pihak.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!