PGA Tumpas Sindiket Seludup Vape Ke Thailand, Remaja 18 Tahun Ditahan

Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok elektronik dan cecair vape ke Thailand selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Kok Pauh, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Khamis.

Dalam Ops Taring Wawasan Kelantan yang dijalankan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, sepasukan anggota Strike Force Batalion 8 PGA menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Ribuan Produk Vape Dirampas

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil pemeriksaan di premis tersebut menemukan 2,760 unit rokok elektronik jenama Salt Hub pelbagai perisa serta 1,200 unit kartrij cecair vape daripada jenama sama.

Menurut beliau, suspek yang merupakan warga tempatan dipercayai bertindak sebagai penjaga stor dan terlibat dalam urusan membawa produk vape itu ke Thailand melalui pangkalan haram di sekitar Kampung Serkong, Pengkalan Kubor.

Produk Dipercayai Dari Kuala Lumpur

"Siasatan awal mendapati produk berkenaan dipercayai diperoleh dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Kelantan menggunakan perkhidmatan kurier.

"Hasil risikan dan pemantauan berterusan, PGA berjaya mengesan aktiviti penyimpanan produk rokok elektronik yang dipercayai untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Radzi berkata, keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM396,000.

Beliau memaklumkan suspek serta barang rampasan telah diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Orang Ramai Diminta Salur Maklumat

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan negara.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!