Dua Lelaki Ditahan Guna Pangkalan Haram Selepas Pulang Berhibur Di Golok

Dua lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dikesan memasuki negara dari Thailand menggunakan pangkalan haram di Kampung Mentua, Tumpat, petang semalam.

Kedua-dua suspek yang berusia 33 dan 45 tahun dipercayai pergi ke Thailand untuk mengunjungi sebuah pusat hiburan di Golok sebelum pulang ke Malaysia melalui laluan tidak sah.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota yang menjalankan pemantauan mengesan dua lelaki menaiki sebuah perahu menghampiri tebing sungai di lokasi kejadian sebelum bertindak menahan mereka.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

"Mereka mengaku menaiki perahu dari Thailand dengan membayar tambang bot RM15 setiap seorang kepada pemandu bot yang tidak dikenali.

"Mereka juga mendakwa pergi ke Thailand pada jam 2 petang kelmarin untuk mengunjungi pusat hiburan di Golok," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!