Wanita 59 Tahun Ditahan Disyaki Seleweng Petrol Subsidi Di Tumpat

Seorang wanita tempatan berusia 59 tahun ditahan dalam Operasi Tiris 4.0 (Bersepadu) selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan petrol bersubsidi di tepi jalan berhampiran Chabang Empat, Tumpat, pagi tadi.

Menurut kenyataan di media sosial rasmi KPDN Kelantan, operasi itu dijalankan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga (PPMW3).

Serbuan kira-kira jam 7.05 pagi dilakukan hasil risikan dan pemerhatian pasukan penguat kuasa terhadap suspek yang dikesan membuat pengisian petrol berulang kali di sebuah stesen minyak di Chabang Empat sebelum ditahan.

Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebuah kenderaan jenis Perodua Kenari yang telah diubah suai dengan pemasangan tangki khas dipercayai bagi tujuan menyimpan petrol.

Dalam operasi itu, pasukan turut menyita sebanyak 50 liter petrol yang disedut keluar daripada tangki ubah suai berkenaan.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM5,198.50 melibatkan kenderaan serta minyak petrol yang dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

KPDN Kelantan turut memberi amaran tegas bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras penyelewengan barang kawalan bersubsidi, khususnya di kawasan sempadan.


Sumber: KPDN Kelantan

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!