Tujuh Premis Diperiksa, Imigresen Kelantan Tahan 28 PATI Di Tiga Daerah

Jabatan Imigresen Kelantan menahan seramai 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan selama dua hari di tiga daerah di negeri ini, yang berakhir semalam.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) Imigresen Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, operasi yang bermula Isnin lalu itu dijalankan di kawasan Jelawat, Bachok; Cherang Ruku, Pasir Puteh serta Laloh, Kuala Krai.

Menurutnya, operasi yang dijalankan bermula jam 10 pagi hingga selesai itu melibatkan pemeriksaan ke atas tujuh premis.

“Antara premis diperiksa termasuk tapak pembinaan, sebuah kilang perabot, kuarters pekerja dan kediaman persendirian.

“Seramai 95 warga asing diperiksa dan hasilnya, 28 pendatang haram melibatkan warganegara Bangladesh, Pakistan dan Thailand ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati sebahagian warga asing gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah, manakala selebihnya disyaki menyalahgunakan pas yang dimiliki.

“Operasi ini membabitkan 15 pegawai daripada Unit Perisikan dan Operasi jabatan ini, dan dilaksanakan berdasarkan maklumat awam.

“Semua individu yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta peraturan berkaitan,” katanya.

Tambahnya, pihak Imigresen akan terus memperhebatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang kehadiran pendatang haram serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen negara.



Dalam masa sama, beliau menggesa orang ramai dan majikan supaya hanya mengupah pekerja asing secara sah serta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki sebarang pelanggaran undang-undang imigresen.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!