Pengarah Ladang Farm Fresh Maut Nahas Helikopter Di Filipina

Syarikat pengeluar produk tenusu tempatan, Farm Fresh Berhad mengesahkan pengarah ladangnya maut dalam nahas helikopter di Pililla, Wilayah Rizal, Filipina pada pagi Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee berkata, pengarah ladangnya, Jacob Mathan meninggal dunia pada jam 7.20 pagi ketika menaiki helikopter yang terhempas dalam perjalanan ke sebuah tapak ladang berpotensi di negara berkenaan.

Menurutnya, penerbangan yang pada awalnya dijangka sebagai perjalanan biasa bertukar menjadi tragedi selepas helikopter tersebut mengalami masalah enjin.

“Saya masih sukar memproses kejadian ini walaupun beberapa jam selepas dimaklumkan mengenai pemergiannya.

“Ketua Pegawai Eksekutif kami di Filipina, Shawn turut cedera dan syukurlah kini berada dalam keadaan stabil. Marilah kita semua mendoakan kekuatan dan ketabahan buat isteri Jacob, Amy serta keluarga mereka, dan juga agar Shawn segera pulih,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini dilaporkan, seorang rakyat Malaysia maut manakala seorang lagi cedera apabila sebuah helikopter yang membawa lima individu terlibat dalam nahas di Filipina.


Kemalangan itu turut mengorbankan seorang penumpang warga Filipina selepas helikopter jenis Bell 505 dilaporkan melakukan pendaratan cemas di kawasan tanah kosong kira-kira jam 7.27 pagi.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!