Pelajar IPT Ditemui Meninggal Dunia Dalam Longkang Berhampiran Rumah

Seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ditemui meninggal dunia di dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Menglembu Impiana Adril di Ipoh pada Ahad.

Mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari rumahnya selepas disedari seorang jiran sekitar jam 11.20 pagi.


Disedari Ketika Parkir Kereta

Saksi kejadian yang dikenali sebagai Mani, 58, berkata dia menyedari sesuatu yang tidak kena ketika mahu meletakkan kenderaan di lokasi tersebut.

Menurutnya, keretanya seperti terlanggar objek kecil sebelum dia turun untuk melihat keadaan sebenar.

“Bila saya turun dari kereta saya nampak macam ada lampu suluh. Masa itulah saya nampak ada lelaki dalam longkang dengan muka berlumuran darah.

“Selepas itu saya terus jumpa kawan untuk minta tolong hubungi polis,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.


Polis Sahkan Penemuan Mayat

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Muhammad Najib Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani proses bedah siasat.

“Hasil pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!