Tidak sehaluan Ketua Cabang, lebih 100 ahli PKR Lubok Gong sertai UMNO

Lebih 100 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Mukim Lubok Gong, Rantau Panjang, mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini sebelum menyertai UMNO, lapor Harian Metro.

Tindakan itu diambil selepas mereka mendakwa sudah tidak sehaluan dengan Ketua Cabang PKR Rantau Panjang, Nik Ghazali Nik Md Amin, khususnya membabitkan soal hubungan dan kerjasama di peringkat akar umbi.

Bekas Ketua Ranting PKR Mukim Lubok Gong, Ariffin Ismail, 63, berkata kekecewaan itu memuncak selepas beliau merasakan sumbangan dan pengorbanan ahli tidak dihargai sepanjang dua tahun penglibatan dalam parti.

"Saya dan ahli yang lain seolah-olah tidak dihargai dan sepanjang tempoh dua tahun, saya bergerak sendirian dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mangsa banjir dan menziarah kematian penduduk.

Sepatutnya sebagai ketua cabang beliau perlu seiring turun padang namun sebaliknya yang berlaku hanya pimpinan UMNO yang berbuat demikian.

Justeru kami membuat keputusan untuk keluar parti berkuatkuasa hari ini dan menyertai UMNO di bawah pimpinan Ketua Bahagian UMNO Rantau Panjang, Datuk Akbar Salim."

Menurutnya, keputusan menyertai UMNO dibuat selepas mereka menilai pendekatan parti itu yang disifatkan lebih dekat dengan rakyat, khususnya ketika berdepan situasi sukar seperti bencana banjir.

"Beliau berkata, pemilihan untuk menyertai UMNO kerana mereka yakin parti itu lebih dekat dengan rakyat dan banyak membantu penduduk terutama ketika banjir.

Untuk hari ini lebih 100 penduduk yang mengumumkan keluar parti dan saya yakin lebih ramai ahli PKR di mukim ini akan menyusul selepas ini," katanya.

Perkembangan itu sekali gus mencerminkan dinamika politik setempat yang terus berubah, khususnya di peringkat akar umbi menjelang fasa politik semasa.



Sumber: Harian Metro

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!