Dr Raja Akif, Anak Terengganu Terajui Kajian Pesawat Masa Depan NASA

Nama Dr. Raja Akif Raja Zahirudin, saintis muda kelahiran Kerteh, Terengganu, kini mencuri perhatian apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi penglibatan dalam projek teknologi pesawat masa depan di bawah seliaan NASA dan Georgia Institute of Technology (Georgia Tech).

Dr Raja Akif, 33, kini bertugas sebagai Fellow Pasca Doktoral di Daniel Guggenheim School of Aerospace Engineering, Georgia Tech.

Terlibat Dalam Projek NASA RAVEN-GT

Beliau memainkan peranan penting dalam projek NASA RAVEN-GT (Research Aircraft for eVTOL Enabling Technologies) yang memfokuskan pembangunan pesawat elektrik berlepas dan mendarat secara menegak atau eVTOL.

DR RAJA AKIF NASA


Teknologi eVTOL dijangka menjadi antara inovasi utama yang bakal mengubah landskap mobiliti udara bandar atau Urban Air Mobility.

Fokus Kajian: Prestasi Rotor Dan Interaksi Komponen Pesawat

Menerusi kajian bertajuk “Proprotor Hover Performance and Wing Download for the RAVEN eVTOL Aircraft”, Dr Raja Akif meneliti aspek teknikal penting melibatkan prestasi rotor serta interaksi komponen pesawat.

DR RAJA AKIF NASA 2


Kajian tersebut memberi fokus kepada usaha mengoptimumkan daya tujahan ketika fasa pelepasan dan pendaratan.

Cabaran Besar eVTOL: Tahap Bunyi Perlu Rendah

Menurut beliau, teknologi eVTOL mempunyai potensi besar sebagai alternatif pengangkutan bandar yang lebih pantas dan mesra alam.

Namun, cabaran utama adalah memastikan operasi pesawat itu menghasilkan bunyi yang sangat rendah agar diterima masyarakat di kawasan bandar yang padat.

DR RAJA AKIF NASA 3


“Teknologi eVTOL berpotensi menjadi alternatif pengangkutan bandar yang pantas dan mesra alam. Namun, cabaran terbesarnya adalah memastikan pesawat ini beroperasi dengan tahap bunyi yang sangat rendah agar dapat diterima oleh masyarakat di kawasan berkepadatan tinggi,” jelas beliau ketika ditemubual Bernama.

Minat Aeroakustik Bermula Di Pennsylvania State University

Perjalanan Dr Raja Akif dalam bidang aeroakustik bermula ketika beliau melanjutkan pengajian PhD di Pennsylvania State University.

Beliau turut dibimbing oleh Prof. Eric Greenwood, bekas pakar NASA yang membuka peluang kepada beliau untuk bekerjasama dengan pasukan aeroakustik di NASA Langley Research Center.

Projek Bermula Sejak 2020, Gabungan Akademik Dan Industri

Projek RAVEN-GT yang bermula pada tahun 2020 merupakan kolaborasi strategik antara penyelidik akademik dan rakan industri bagi memastikan reka bentuk pesawat masa depan lebih efisien serta lestari.

Dr Raja Akif menyifatkan penglibatan dalam penyelidikan bertaraf global itu sebagai satu amanah besar untuk membuktikan kemampuan saintis Malaysia.

Mahu Jadi Inspirasi Jurutera Tempatan

Beliau berharap kejayaan ini mampu menjadi pemangkin kepada lebih ramai jurutera dan penyelidik tempatan untuk berani meneroka peluang di peringkat antarabangsa.

Kisah Dr Raja Akif kini dilihat sebagai simbol bahawa anak watan Malaysia mampu berada di barisan hadapan dalam menentukan hala tuju teknologi aeroangkasa dunia.

Khairul Aming Pecah Rekod Lagi, Jualan Cecah RM2 Juta Dalam Tempoh 2 Minit
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming sekali lagi mencipta fenomena…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo Kok…
Bekas Pakar Bius Dari Bachok Kini Tenang Ternak Kambing
Jika dahulu hidupnya dipenuhi tekanan dan detik cemas di bilik…
Petarung Dagestan Bawa Nama Malaysia Dalam MMA, Siapa Rakhman Esedullaev?
Dalam diam, Malaysia kini dilihat berpotensi memiliki seorang prospek besar…
Anak Pertama Dari Kampung Pok Keral, Tumpat Dapat Sambung Belajar Ke Jerman
Seorang anak yatim dari Kampung Pok Keral, Tumpat mencipta sejarah…
Pokku hasilkan bot nelayan pantai timur berskala mini siap boleh berlayar
Kalau sebut bot nelayan pantai timur, ramai terbayang bentuknya yang…


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!