Buruh Berkhemah Di Hutan Maut Diserang Gajah Liar Di Gua Musang

Seorang buruh yang berkhemah di hutan ditemukan maut dipercayai diserang sekumpulan gajah liar di kawasan tepi sungai berhampiran ladang getah di Jalan Ladang Serasa, Gua Musang pada Khamis.

Mangsa, Razali Daud, 55, meninggal dunia dengan kecederaan parah di seluruh badan pada jam 11.30 pagi.

Polis Terima Laporan Jam 11.38 Pagi

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.38 pagi.

“Maklumat awal yang diterima daripada orang awam mendapati mangsa dipercayai diserang oleh sekumpulan gajah liar ketika berada di kawasan tersebut.

“Pasukan polis dari Balai Polis Paloh 2 yang bergegas ke lokasi kemudian menjalankan pemeriksaan dan menemukan kesan tapak kaki serta najis gajah di sekitar kawasan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada Unsur Jenayah, Mayat Dihantar Untuk Bedah Siasat

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian itu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.

Polis turut menasihatkan orang ramai terutama penduduk berhampiran kawasan hutan dan ladang agar sentiasa berwaspada serta mengelakkan memasuki kawasan berisiko yang dikenal pasti sebagai habitat hidupan liar termasuk gajah.

Kuih Pau Dan Tapai Pulut Tak Sempat Dijamah

Dalam perkembangan sama, isteri mangsa, Ropiah Sari, 58, berkata suaminya tidak sempat menikmati kuih pau dan tapai pulut yang disediakan sebagai hidangan minum petang sebelum keluar rumah pada petang Rabu.

lelaki maut dipijak gajah di gua musang

Ropiah menunjukkan gambar suaminya, Razali Daud (Foto: Sinar Harian)


Katanya, dia hanya menyedari suaminya keluar kira-kira jam 5 petang apabila mendapati kereta tiada di rumah dan menyangka Razali pergi ke rumah rakannya.

“Dia memang suka kuih pau dan tapai pulut. Saya buat semalam tapi dia tidak sempat makan,” katanya.

Selalu Bermalam Di Rumah Rakan, Isteri Tidak Syak Apa-Apa

Ropiah berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki perkara buruk kerana suaminya sering bermalam di rumah rakan atau berkhemah di kawasan sungai di Lata Rek.

Bagaimanapun, dia mula berasa tidak sedap hati selepas panggilan telefon kepada Razali tidak dijawab sejak selepas waktu Maghrib sehingga lewat malam.

“Saya memang tak sangka perkara ini berlaku tapi tetap reda,” katanya.

Menurutnya, berita pemergian suaminya dimaklumkan jiran kira-kira jam 10 pagi sebelum dia bergegas ke hospital.

Kesan Tapak Kaki Dan Najis Gajah Ditemui

Siasatan pihak berkuasa di sekitar lokasi penemuan mayat turut menemukan kesan tapak kaki serta najis gajah, menguatkan lagi kepercayaan bahawa mangsa diserang hidupan liar berkenaan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!