“Saya Ulang! Minyak Kita Tak Lalu Selat Hormuz” – Exco Terengganu

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Azman Ibrahim mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu kenaikan harga minyak di negara ini yang menurutnya tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia mempunyai produk minyak sendiri.

Dr Azman yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu berkata, di perairan negeri itu sahaja terdapat kira-kira 120 pelantar minyak yang sedang beroperasi.

Menurutnya, minyak mentah dari pelantar itu akan disalurkan ke Loji Penapisan Minyak Petronas Kerteh, sama ada melalui saluran paip dasar laut atau kapal tangki.

“Di Loji Kerteh ini minyak mentah diproses menjadi pelbagai produk petroleum untuk kegunaan negara kita.

“Kenapa nak tunggu kapal tangki lepas lalu Selat Hormuz baru nak turunkan harga minyak?

“Saya ulang! Minyak kita tak lalu Selat Hormuz!” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Abdul Hadi mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terus membiarkan diri ditipu oleh pelbagai helah politik dan ekonomi, termasuk isu kenaikan harga minyak yang didakwa tidak berasas.

Abdul Hadi menegaskan, tiada sebab kukuh untuk harga minyak dinaikkan di Semenanjung Malaysia memandangkan negara ini mempunyai sumber petroleum sendiri dan tidak terlibat dalam sekatan antarabangsa terhadap Iran di Selat Hormuz.

Menurut Abdul Hadi lagi, pengecualian harga minyak di Sabah dan Sarawak membuktikan alasan kenaikan harga di Semenanjung adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan.

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!