Sambungan Kereta Api Rantau Panjang–Sungai Golok Dijangka Perkukuh Dagang Dua Negara

Projek sambungan perkhidmatan kereta api dari Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan ke Sungai Golok, Narathiwat, Thailand dijangka mampu memperkukuh sektor pengangkutan dan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata projek itu kini masih dalam pertimbangan kerajaan Malaysia dan dijangka dapat mengukuhkan rantaian bekalan serta memudahkan pergerakan barangan merentas sempadan.

Namun, beliau memaklumkan Thailand telah memulakan kajian kebolehlaksanaan dan penilaian impak alam sekitar sebagai sebahagian daripada peluasan projek landasan berkembar negara itu.

Kurangkan Kos Logistik, Cepatkan Penghantaran

Menurut Wan Zaidi, jika projek itu direalisasikan, jajaran berkenaan akan meningkatkan kecekapan pengangkutan kargo rentas sempadan, mengurangkan kos logistik serta mempercepat penghantaran barangan antara Malaysia, Thailand dan negara Indochina.

“Kereta api merupakan mod pengangkutan paling efisien untuk kargo pukal. Ia mampu meningkatkan kapasiti perdagangan serta memperkukuh peranan Malaysia dan Thailand dalam rantaian bekalan serantau,” katanya kepada Bernama.

Peluang Baharu Untuk PKS Sempadan

Wan Zaidi berkata peningkatan kesalinghubungan rel juga dijangka membuka peluang baharu kepada perdagangan komoditi dan industri pemprosesan, selain memudahkan akses pasaran bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan sempadan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan kedudukan strategik wilayah selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia terus menyokong interaksi rentas sempadan melibatkan perdagangan, pelancongan, pendidikan serta hubungan sosial.

Wan Zaidi kini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Pattani, Yala dan Narathiwat dari 7 hingga 10 April, yang merupakan lawatan sulung beliau ke wilayah selatan Thailand sejak dilantik tahun lalu.

Sepanjang lawatan itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan gabenor ketiga-tiga wilayah serta agensi berkaitan pembangunan, keselamatan dan hal ehwal agama bagi memperkukuh kerjasama dua hala.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!