Polis Pantau Aktiviti Nelayan Beralih Kepada Penyeludupan Diesel Di Tengah Laut

Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan ada nelayan beralih kepada aktiviti penyeludupan diesel subsidi, termasuk menjualnya kepada bot nelayan asing kerana keuntungan yang jauh lebih lumayan berbanding keluar menangkap ikan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, situasi itu berlaku kerana harga diesel subsidi untuk nelayan hanya RM1.65 seliter, sedangkan harga pasaran mencecah RM6.72 seliter.

Menurutnya, siasatan mendapati terdapat nelayan yang dipercayai mengubah suai tangki simpanan bot bagi memuatkan lebih banyak diesel sebelum memindahkannya menggunakan kaedah bot ke bot di tengah laut.

“Mereka berkemungkinan menjual diesel subsidi itu kepada bot-bot nelayan asing iaitu Thailand dan Vietnam.

“Daripada mereka pergi ke laut untuk menangkap ikan dan belum tentu mendapat hasil, penyeludupan diesel dilihat sebagai satu pekerjaan lain yang lebih menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mohd Yusoff menjelaskan, nelayan boleh memperoleh keuntungan hampir RM5 bagi setiap liter diesel yang diseludup.

“Bayangkan jika bot mereka dapat mengisi sebanyak 10,000 liter. Sudah berapa banyak untung yang mereka dapat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata polis sentiasa bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta polis marin bagi memantau dan membanteras kegiatan penyeludupan diesel di laut.

Menurutnya, kerjasama itu penting kerana kegiatan pemindahan diesel bot ke bot biasanya dilakukan di tengah laut.

“Kita juga meminta agensi berkenaan meningkatkan pemantauan di jeti-jeti nelayan dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan diesel itu.

“Pada saya, isu penyelewengan diesel di stesen minyak tidak membabitkan kuantiti banyak. Paling membimbangkan adalah isu penyeludupan diesel subsidi laut kerana ia membabitkan kuantiti yang banyak,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menumpaskan sindiket yang dipercayai memanipulasi bekalan diesel bersubsidi kepada nelayan dengan rampasan empat bot di jeti nelayan Kampung Geting, Pengkalan Kubor.

Rampasan dilakukan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) pada jam 4.53 petang membabitkan empat bot dengan muatan 3,300 liter diesel, selain empat lelaki tempatan berusia sekitar 20-an hingga 40-an turut ditahan.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!