Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas

Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu berjaya menahan seorang lelaki tempatan serta merampas dadah jenis pil yaba dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Pengkalan Haram Tanjung, Tumpat.

Tangkapan dilakukan pada 19 April kira-kira jam 7.00 malam apabila suspek berusia 39 tahun dikesan menyeberangi sungai dari arah Thailand ke tebing Malaysia menggunakan bot.

Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, sebelum berjaya diberkas.


Pil Yaba Disorok Dalam Poket Seluar

Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemukan dua bungkusan plastik berisi 402 biji pil kemerahan bertulis “WY” yang disyaki dadah jenis pil yaba.

Dadah itu dipercayai disorok di dalam poket seluar yang dipakainya.

Turut dirampas sehelai seluar jenis Dickies dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM6,080.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis methamphetamine.


Mengaku Ambil Dadah Sejak 15 Tahun

Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak 15 tahun lalu.

Dia turut mendakwa mendapatkan bekalan pil yaba daripada seorang kenalan di Thailand dengan harga RM1,350 bagi dua bungkusan tersebut.

Dadah berkenaan dipercayai untuk kegunaan sendiri selain dijual secara kecil-kecilan kepada kenalan rapat pada harga RM10 sebiji jika ada permintaan.

Semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes dadah.


Barang Kes Diserah Kepada IPD Tumpat

Semua barang kes telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah (BSJND) dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tumpat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

Pihak berkuasa turut memaklumkan rondaan dan pemantauan di kawasan sempadan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa.


Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

SHARE:

TERKINI

Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Suspek Kes Tembak Penjaga Lembu Felda Kemahang 1
|
Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini menolak permohonan reman…
Suri Rumah Direman 5 Hari, Kes Rampasan 5 Senjata Api Termasuk M16 Di
|
Seorang suri rumah direman selama lima hari bagi membantu…
Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Jawatan Kosong Kelantan