Syabu RM5.7 Juta Ditemui Dalam Bot Di Sungai Pengkalan Chepa

Dadah jenis syabu bernilai RM5.7 juta ditemukan dalam sebuah bot di Sungai Pengkalan Chepa, Kota Bharu dalam satu serbuan yang dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Ahad.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh anggota Risik Batalion 9 selepas mengesan sebuah bot berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di dalam semak dan ditinggalkan tanpa pemilik.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa guni putih di dalam bot tersebut, dipercayai mengandungi bahan terlarang.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa guni putih dan di dalamnya mengandungi ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Radzi berkata, kesemua barangan rampasan termasuk dadah dan bot berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kesemua barangan rampasan termasuk dadah dan bot telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau turut memaklumkan keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dianggarkan berjumlah RM5.8 juta.


Sumber: Sinar Harian, TVS

SHARE:

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!