PGA rampas dadah RM8.5 juta di Kelantan sepanjang 10 bulan

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas dadah bernilai RM8.5 juta sepanjang tempoh 10 bulan pelaksanaan Ops Taring Wawasan di negeri Kelantan.

Pemangku Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, rampasan itu hasil 246 kes yang dijalankan antara 1 Januari hingga 26 Oktober lalu.

Selain dadah, PGA turut menyita 42 buah kenderaan dianggarkan bernilai RM979,500, menjadikan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM9.5 juta.

“Seramai 194 suspek kes dadah termasuk lapan wanita ditahan sepanjang tugasan Ops Taring Wawasan Kelantan.

Daripada jumlah itu, 175 suspek merupakan warga tempatan, diikuti **12 warga Thailand, lima warga Myanmar, seorang warga Indonesia dan seorang warga China,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas antara Batalion 7 dan Batalion 8 di Markas Taktikal PGA, Pengkalan Kubor, hari ini.

Ijid berkata, selain operasi dadah, PGA turut menumpaskan cubaan penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan negeri ini.

Setakat 1 November, seramai 203 PATI termasuk 47 wanita telah ditahan.

Daripada jumlah itu, 131 orang adalah warga Myanmar, diikuti Bangladesh (32), Indonesia (15), Pakistan (15), India (6) serta masing-masing dua warga Thailand dan Nepal.

“Selain itu, 33 lelaki dipercayai tekong darat turut diberkas untuk siasatan lanjut mengikut **Seksyen 36(J) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya.

No posts found!



Beliau turut menegaskan bahawa PGA akan terus memperkukuh rondaan di sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan menjelang musim tengkujuh.

Jelasnya lagi, menerusi tangkapan dan rampasan itu menyaksikan pegawai dan anggota di sempadan sentiasa bertugas tanpa mengira masa.

#KelantanDaily
Sumber: Kosmo, Harian Metro

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!