“Jangan Kecil Hati, Kita Tak Maki Polis” – ADUN Melor Jelaskan Isu ‘Keno Bbodo’

Isu kenyataan tular membabitkan perkataan “kena bbodo” yang didakwa memperlekeh anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) kini mendapat penjelasan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud.

Wan Rohimi menegaskan beliau sudah menjelaskan perkara itu kepada pihak polis dan menafikan sebarang niat untuk menghina atau memaki anggota keselamatan.

“Saya dah jelaskan pada polis (pegawai penyiasat), jangan kecil hati. Kita tak maki polis, tetapi polis ini seperti dilaga-lagakan oleh pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai memberi keterangan lebih satu jam, dari jam 5 hingga 6.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, pada Isnin.

Menurut Wan Rohimi, pihak polis bertanyakan mengenai laluan konvoi motosikal yang dianjurkan sempena program ‘Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB YB’ melibatkan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda Pas Kelantan.

Katanya, laluan konvoi bermula dari Masjid Muhammadi, kemudian menuju ke PCB (Pantai Cahaya Bulan), seterusnya melalui Klinik Kesihatan Badang, mengambil laluan ke Taman Buaya, seterusnya ke Perkuburan Semut Api, melalui Kampung Telok sebelum keluar di belakang Kem 506 Rejimen Askar Wataniah yang terletak bertentangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).

Beliau turut mendakwa konvoi bergerak tanpa berhenti dan keadaan trafik tersusun kerana dipimpin Alternative Riding Club (ARC) Pemuda Pas yang berpengalaman.

Dakwa Tidak Temui SJR Sepanjang Laluan

Wan Rohimi berkata, sepanjang perjalanan konvoi mereka tidak menemui SJR.

“Sebab itu kita tidak mencabar pihak berkuasa kerana kita tidak melalui SJR. Bukan kata nampak SJR kemudian berpusing, memang tidak ada SJR sepanjang jalan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, apabila hampir sampai di Jalan Pengkalan Chepa, terdapat dua atau tiga SJR yang sempat dilalui dan beliau sendiri melambai kepada anggota polis sebagai tanda penghargaan.

‘Kena Bodoh’ Didakwa Diputarbelit

Mengulas penggunaan istilah “kena bodoh” atau “keno bbodo”, Wan Rohimi mendakwa ia telah diputar belit oleh pihak tertentu termasuk ‘cybertrooper’.

Beliau berkata istilah itu dalam konteks orang Kelantan merujuk kepada tipu muslihat atau strategi bagi memudahkan perjalanan, bukan makian terhadap polis.

“Mengenai istilah ‘kena bodoh’, itu yang telah diputar belit oleh ‘cybertrooper’. Orang Kelantan semua tahu ‘kena bodoh’ itu merujuk kepada tipu muslihat (untuk memudahkan urusan), bukan makian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak penyiasat kerana mengendalikan proses siasatan dengan profesional.

Terdahulu, media melaporkan polis membuka kertas siasatan selepas satu video tular didakwa mengandungi kenyataan memperlekeh tugas polis ketika SJR.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.


Sumber: Sinar Harian, Kosmo

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!