Timbalan MB Kelantan Tegas Konvoi Ke LTSIP Bukan Anjuran Kerajaan Negeri

Kecoh di media sosial semalam mengenai penganjuran konvoi motosikal menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), namun kerajaan negeri Kelantan tampil menegaskan program tersebut bukan anjuran pihaknya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran konvoi berkenaan dan ia merupakan inisiatif individu.

Beliau pada masa sama menegaskan semua pihak perlu mematuhi undang-undang, khususnya apabila berada di kawasan awam dan kawasan sensitif seperti lapangan terbang.

“Kerjasama semua pihak penting bagi memastikan keselamatan awam terus terpelihara dan tidak menjejaskan operasi di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Fadzli turut mengingatkan kawasan lapangan terbang memerlukan tahap keselamatan yang tinggi bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang.

Semalam, tular di media sosial mengenai penganjuran program “Konvoi & Lepak Mat Motor Bersama YB” yang didakwa dianjurkan Kelab Penyokong Kerajaan dan Dewan Pemuda PAS Kelantan.

BERKAITAN: ADUN Melor Ajak Anak Muda Konvoi Motosikal Tengok Bangunan “Airport Baru”


Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut mengulas isu berkenaan dengan menyifatkan penganjuran konvoi itu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab kerana kawasan lapangan terbang adalah lokasi strategik yang memerlukan kawalan keselamatan sepanjang masa.


Sumber: Astro Awani

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!