Anak Beranak ‘Tauke’ Dadah Rantau Panjang Dicekup, Polis Rampas 40kg Ganja

Helah licik dua beranak yang berselindung di sebalik perniagaan menjual buah-buahan serta insurans kenderaan akhirnya terbongkar apabila polis merampas 40 kilogram (kg) dadah jenis ganja dalam serbuan di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang.

671169276_1291053969868945_1503029393010702821_n


Serbuan yang dijalankan kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu membawa kepada penahanan dua suspek lelaki berusia 45 tahun dan anak lelakinya berumur 25 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil pemeriksaan di premis berkenaan menemui satu bungkusan di belakang premis yang mengandungi 40kg tumbuhan kering dipercayai ganja bernilai RM120,000.

sidang media ketua polis kelantan


Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek berusia 45 tahun dipercayai bertindak sebagai koordinator manakala anaknya pula berperanan sebagai penghantar atau ‘runner’.

“Mereka dipercayai menghantar bekalan dadah menggunakan perkhidmatan kurier dan premis itu adalah milik mereka.

“Selain menyediakan perkhidmatan kurier, premis berkenaan turut menjual insurans kenderaan untuk ke Thailand selain menjual buah-buahan,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, bekalan dadah itu dipercayai dihantar untuk pasaran dalam dan luar negara.

Dalam operasi sama, polis turut menyita premis berkenaan selain sebuah kenderaan, motosikal, wang tunai RM184,800 serta barang kemas.

kereta dan motosikal dirampas


Jumlah keseluruhan rampasan termasuk dadah dianggarkan bernilai hampir RM1 juta.

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Mohd Yusoff, jumlah dadah yang dirampas itu dipercayai mampu merosakkan lebih 80,000 penagih dadah.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!