Tempahan Hotel Di Kelantan Cecah 90 Peratus, Dijangka Penuh Menjelang Aidilfitri

Tempahan bilik hotel di Kelantan oleh perantau yang pulang menyambut Aidilfitri kini mencecah antara 70 hingga 90 peratus.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kelantan, Gan Yeong Shuoh berkata, tempahan tersebut melibatkan beberapa hotel di bawah persatuan itu serta hotel lain di negeri berkenaan.


Tempahan Dibuat Sejak Sebelum Ramadan

Menurut beliau, kebanyakan tempahan dibuat sebelum bulan Ramadan dan semakin meningkat sepanjang bulan puasa.

“Perantau membuat tempahan bilik hotel lebih awal kerana bimbang takut penuh, namun ramai juga akan membuat tempahan di saat-saat akhir.

“Kita jangka tempahan bilik hotel akan mencapai 100 peratus untuk sambutan Aidilfitri pada hari pertama dan kedua,” katanya.


Hotel Bajet Juga Hampir Penuh

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel-hotel Bajet dan Bisnes (MyBHA) Cawangan Kelantan, Mas Diyah Jemain berkata tempahan bilik hotel bajet di negeri ini juga berada pada tahap 80 hingga 90 peratus.

Katanya, tempahan tersebut telah dibuat oleh pelanggan sejak awal tahun sehingga memasuki Ramadan.

“Kita jangka bilik hotel bajet juga akan penuh 100 peratus pada Aidilfitri memandangkan ramai anak perantau akan pulang berhari raya,” katanya.


Pilih Hotel Untuk Keselesaan Keluarga

Menurut Mas Diyah Jemain, trend masa kini menunjukkan ramai perantau memilih hotel atau inap desa bagi memastikan keselesaan keluarga ketika pulang beraya.

Selain itu, ia juga bagi menjaga aurat isteri dan anak-anak sepanjang tempoh berada di negeri ini.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Dua Rumah Musnah dalam Kebakaran di Rantau Panjang
|
Seorang penduduk ternampak sebuah motosikal terbakar sebelum api merebak…
Dari Amerika Syarikat ke Kelantan, Fahmi Ibrahim Mahu Pikat Irfan Bakti
|
Pemain sayap kelahiran Amerika Syarikat, Fahmi Ibrahim menjadi antara…
Aliff Rakib Bertemu Anwar Selepas Cipta Sejarah di ONE Championship
|
Selepas mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama merangkul kejuaraan…
Melaka FC Jadi Medan Ujian Sebenar KRW Menjelang Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) bakal berdepan ujian sebenar…
Merhrom Rayu Malaysia Henti Penghantaran Pulang 5,000 Rohingya ke Myanmar
|
Ketika kerajaan Malaysia mengumumkan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000…
Masalah Dadah di Kelantan Serius, Hampir Tiada Kampung Terlepas – Saifuddin
|
Arahan supaya setiap ketua balai polis di Kelantan menahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!