Peluru Berpandu Iran Bedil Pangkalan Besar AS Di Qatar

Sebuah peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran dilaporkan mengenai Pangkalan Al-Udeid di Qatar, iaitu pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) terbesar di Timur Tengah.

Menurut Kementerian Pertahanan Qatar, negara itu menjadi sasaran dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran.

“Sistem pertahanan udara berjaya memintas satu daripada peluru berpandu itu, manakala peluru berpandu kedua mengenai Pangkalan Al-Udeid Qatar tanpa menyebabkan sebarang kemalangan jiwa,” menurut kenyataan kementerian itu seperti dilaporkan Agensi Berita Jerman (dpa).

Bagaimanapun, kementerian berkenaan tidak memperincikan lokasi tepat impak peluru berpandu atau kemungkinan kerosakan yang berlaku.

Pangkalan Al-Udeid yang turut digunakan oleh pasukan Qatar dan Britain itu terletak di pinggir Doha.

Iran sebelum ini pernah menyerang pangkalan sama tahun lalu sebagai tindak balas terhadap pengeboman kemudahan nuklear Iran oleh AS.

Tentera Iran turut memaklumkan bahawa serangan terbaharu itu dilancarkan sebagai respons terhadap serangan bersama AS-Israel di seluruh Iran pada Sabtu.

Pangkalan Al-Udeid merupakan antara pangkalan AS paling penting di rantau ini. Menurut laporan, kira-kira 10,000 anggota tentera dan kakitangan awam biasanya ditempatkan di situ dan ia berfungsi sebagai pusat perintah bagi operasi ketenteraan AS di Timur Tengah.


Ibu pejabat Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) bagi Timur Tengah pula terletak di Tampa, Florida.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!