Lelaki OKU Mental Maut Dalam Kebakaran Rumah di Jelawat, Bachok

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Mujur, Jelawat di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Che Mohamad Faizul Che Sulaiman, 41, ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidurnya selepas dipercayai menyebabkan kebakaran tersebut.

Ibu mangsa, Rohani Mohamed, 66, berkata sebelum kejadian anaknya yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu mengamuk dan mengugut mahu membunuh diri menggunakan pisau.

Bagaimanapun, katanya, tindakan itu berjaya dihalang oleh ahli keluarga lain sebelum mangsa mengurung diri di dalam bilik.

Menurut Rohani, mereka kemudian terkejut apabila melihat api tiba-tiba marak dari dalam bilik mangsa sebelum merebak ke seluruh rumah.

“Anak lain menjerit ‘Ma, api!’ Saya terus suruh mereka tendang pintu bilik itu.

“Anak-anak lain menendang pintu yang berkunci dan menarik dia keluar. Rupa-rupanya dia membakar kain selimut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, Rohani berkata mangsa dipercayai masuk semula ke dalam bilik yang sedang terbakar ketika api sedang marak.

Ketika kejadian, Rohani berada di rumah bersama empat orang anaknya termasuk mangsa.

Beliau berkata kejadian berlaku terlalu pantas sehingga memaksa mereka berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Selain kehilangan anak, Rohani berkata kebakaran tersebut turut menyebabkan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah, dua kereta dan tiga motosikal musnah dalam kebakaran itu.

“Sebelum ini walaupun dia sakit mental, dia tidak pernah mengamuk atau menyusahkan keluarga.

“Malah dia turut membantu menyara keluarga dengan berniaga secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II Khairul Ariffin Che Ramli, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.15 pagi.

Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan lapan pegawai dan anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah sementara kekal berkeluasan 40 x 60 kaki persegi dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus serta terdapat seorang mangsa lelaki terperangkap.

“Api berjaya dikawal pada jam 9.38 pagi sebelum mangsa ditemui pada jam 9.43 pagi,” katanya.


Beliau berkata kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh kurang sejam.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!