Lelaki Ditahan Miliki 21 Ekor Murai Batu Bernilai Lebih RM100,000

Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai memelihara 21 ekor burung murai batu yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000 dalam serbuan di Kampung Pasir Pekan Tengah, Wakaf Bharu, Tumpat pada Isnin.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, serbuan kira-kira jam 11 pagi itu dijalankan hasil maklumat awam dalam operasi bersama Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia Kelantan.

Menurutnya, operasi bersepadu berkenaan melibatkan pegawai dan anggota Markas Operasi PPM Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor bersama pihak Perhilitan yang ketika itu melaksanakan Op Inter/Intra Agensi.

“Pemeriksaan dan geledahan di sebuah premis kediaman menemukan sebanyak 21 ekor burung murai batu atau nama saintifiknya Copsychus malabaricus yang disimpan di dalam 21 sangkar berasingan.

“Seorang lelaki berusia 36 tahun yang mengaku sebagai pemilik hidupan liar dilindungi itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang lesen pemilikan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua burung berkenaan merupakan spesies yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Pindaan) 2022.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk kesemua burung dianggarkan RM133,700 dan kes dirujuk kepada Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia Kelantan untuk tindakan lanjut.

Ahmad Shafiki berkata, kejayaan itu merupakan kes kedua melibatkan kesalahan berkaitan hidupan liar yang direkodkan oleh PPM Wilayah Tiga bagi tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya terus menjadi rakan strategik pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat bagi membanteras jenayah rentas sempadan serta ancaman keselamatan moden lain.


Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi talian 09-5137726 atau e-mel ke gerakanw3@gmail.com dan identiti pemberi maklumat dijamin dilindungi sepenuhnya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Siri Jelajah Daerah KRW di Tumpat Terima Sambutan Hangat Penduduk Setempat
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) terus menerima sokongan menggalakkan…
Polis Ambil Masa 30 Minit Pujuk Lelaki Berbogel Terapung Dalam Sungai Di Bachok
|
Seorang lelaki berjaya diselamatkan polis selepas dipercayai terjun ke…
Peniaga Pasar Malam Curi 7 Pek Nescafe Dihukum Penjara, Denda RM2,000
|
Seorang peniaga pasar malam dipenjara sehari dan didenda RM2,000…
Polis Serbu 22 Premis, Rampas Lebih 1,400 Peranti Vape Di Kelantan
|
Polis menyerbu 22 premis yang menjual rokok elektronik atau…
Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!