Kelantan Catat 1,418 Kes Kebakaran Sejak Januari, 1,089 Daripadanya Kebakaran Terbuka

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima sebanyak 1,418 laporan kebakaran bermula Januari sehingga hari ini.

Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,089 kes adalah kebakaran terbuka melibatkan kawasan keseluruhan kira-kira 1,600 hektar.

Menurut beliau, kes kebakaran terbuka itu merangkumi:

  • 880 kes kebakaran belukar
  • 114 kes kebakaran hutan
  • 70 kes kebakaran sampah
  • 25 kes kebakaran ladang

“Daerah Kota Bharu mencatatkan kes kebakaran terbuka yang paling tinggi iaitu sebanyak 400 kes, diikuti Bachok 278 kes dan Pasir Mas 173 kes,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Fokus Pemantauan Kawasan Tanah Gambut

Farhan berkata kerja pemantauan di lapangan dijalankan dari semasa ke semasa dengan menumpukan kawasan tanah gambut yang dianggarkan seluas 7,600 hektar di seluruh negeri.

Beliau turut memaklumkan peningkatan mendadak bilangan panggilan kebakaran terbuka dikesan pada bulan ini iaitu sebanyak 64 peratus daripada jumlah panggilan keseluruhan.

Cuaca Kering Dijangka Hingga Jun, Risiko Kebakaran Meningkat

Menurutnya, jabatan menjangkakan panggilan kebakaran terbuka akan terus meningkat selari dengan laporan Jabatan Meteorologi yang meramalkan cuaca kering sehingga pertengahan April dan boleh berlanjutan sehingga Jun depan.

Beliau berkata sehingga kini keadaan masih terkawal, namun terdapat kekangan dalam operasi pemadaman termasuk sumber air yang terhad serta kesukaran akses ke lokasi kebakaran.

Katanya, sekiranya keadaan semakin kritikal, JBPM akan melaksanakan pembekuan cuti bersasar dan menggunakan perkhidmatan helikopter bagi memastikan operasi berjalan lancar.

“Justeru, kita menyeru semua orang awam supaya peka dengan situasi semasa dan tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal,” katanya.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!